Tentang perasaan, suka, cinta atau sayang?

Kadang-kadang aku keliru. Bukan aku tak pernah keliru untuk perasaan yang ada pada diri aku. Separuh dari aku cuba untuk menerima kenyataan tentang betapa aku sayangkan seseorang orang tu tetap tak dapat nak ada dalam hidup aku untuk selama-lamanya. Sebabtu bila sebulan yang lalu aku dapat jawapan macamtu daripada orang yang aku pernah anggap sebahagian dari aku. Aku cuma mampu mengiyakan sebab waktu tu aku tak rasa ada sesiapa pun yang patut disalahkan. Sebab semua tu tentang perasaan. Walaupun sekuat mana aku mempertahankan. Walau sebanyak mana aku berusaha sekalipun. Kalau pihak yang lain tetap menidakkan semua yang aku buat tu sia-sia. Ya, kadang-kadang aku cuma rasa diri aku terlalu naif. Terlalu naif untuk tunggu seseorang selama hampir 10 tahun sebenarnya. Aku rasa aku terlau naif untuk semua. Sebab dalam tempoh tu aku pernah tolak seseorang yang memang langsung aku tak pernah ada perasaan langsung pada dia. Sebab aku lupa perasaan tak mampu dipaksakan. Sebab sejak dari mula aku simpan perasaan pada dia. Aku tak pernah main-main. Sebab tu tentang perasaan. Cuma bila waktu awal-awal aku belum yakin untuk segalanya. Kadang-kadang aku mimpi. Bukan, walaupun kami berdua dah jadi perfect strangers aku tetap menafikan. Aku selalu. Selalu dia hadir dalam mimpi aku walaupun dalam tempoh 4 tahun aku tak pernah jumpa dia. Dan dalam mimpi tu aku kehilangan. Sama macam aku hilang mak. Lepas kami tamat sekolah dulu, walaupun aku masih takdak kekuatan untuk bagitau dia benda sebenar. Dan dia tak pernah tau dari tarikh 2008 tu, dan selepas 2012 perlahan-lahan aku kumpul kekuatan aku untuk cakap yang aku tak mampu hilang dia. Dan sekarang aku rasa semuanya dah cukup terlambat untuk satu maaf. Semuanya dah terlambat. Sebab aku bukan hilang dia saat dia rasa dia takmampu untuk bagi harapan tapi yang hakikatnya aku dah lama hilang dia 4tahun yang lalu. Cuma dia yang tak pernah tau tentang semua ni. Kadang-kadang aku terfikir perasaan sayang cinta ataupun suka saja takcukup untuk buat kau bahagia. Sebab atas nama insan ynag bergelar lelaki atau sesiapa sahaja tetap meletakkan rupa sebagai penanda. Sadis dan kesian bukan? Maafkan aku kerna tak lagi percaya. Hati aku sendiri dah dipijak-pijak perasaan aku. JADI ENTAH BAGI AKU . tak mungkin masih wujud manusia yang boleh terima kita apa adanya.Untuk kau yang sudah asing bagi aku jangan risau aku dah lama maafkan kau. Semoga berbahagia dengan sidia.

Comments

Popular Posts